Teleskop Observatori Awal Britain dan Teknik Spectroscopy
Sejarah penggunaan teleskop observatori untuk tujuan astronomi di negara Barat bermula agak lewat. Seorang ahli perniagaan di Britain, Edward Crossley, telah membina sebuah teleskop reflektor besar. Beliau meminati astronomi dan telah mengupah seorang kontraktor Andrew Common untuk membina teleskop tersebut pada 1885. Apabila siap Crossley gagal melakukan cerapan dengan teleskop beliau kerana halangan cuaca hujan dan juga adanya pencemaran udara kesan kilang perusahaan. Crossley kemudiannya mendermakan teleskop tersebut kepada Lick Observatory di California. Teleskop tersebut dipasang di puncak Mount Hamilton.
Pada 1856 seorang astronomer amatur British, William Huggins, membina sebuah observatori peribadi di Tulse Hill, South London. Huggins berjaya mengguna teknik spectroscopy kepada objek celestial dan dapat mengkaji spektrum bagi planetari nebula bagi constellation Draco.
Teknik steroscopy selanjutnya telah diperkembang oleh Henry Draper di New York. Draper dikenali sebagai pengasas kepada teknik astrophotography. Henry Draper meninggal dunia pada usia 45 tahun. Balu beliau telah meneruskan usaha Draper dengan menubuh Henry Draper Fund bagi membiayai pembinaan Harvard Observatory di Harvard. Institusi tersebut kemudiannya terkenal sebagai institusi ternama dalam bidang stellar spectroscopy.
Foto pada Feb '19
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home