Mehmed Masuk Constantinople 1453
Sultan Mehmed memerintah Ottoman mengganti bapa beliau Murad II. Sejarah megah dan jasa besar Mehmed adalah peristiwa membuka Constantinople kepada Ottoman pada 1453. Berikut adalah sejarah ringkas tarikh pembukaan Constantinople oleh Mehmed berdasarkan catatan buku Maksudoglu;
April 6, 1453: Pasukan Mehmed memulai "the siege of Constantinople" - pada hari Jumaat. Mehmed berdepan dengan kesukaran kerana adanya rantai besar yang dipasang sepanjang pintu perairan.
April 18: Tentera Ottoman memulai serangan pertama untuk menembus kubu (walls) masuk melalui lubang namun masih terhalang.
April 20: Pope menghantar pasukan kapal perang Genoese (dari Republic of Genoa). Ketibaan kapal ini pada mulanya memaksa komander laut Ottoman Sulayman Beg mengalah. Beliau akhirnya diganti oleh Hamza Beg dan Ottoman mara meneruskan serangan.
April 21-22: Ottoman mara bergerak dengan membawa kapal menyeberang melalui jalan darat pada malam hari. Kejayaan usaha besar ini telah mula melemahkan semangat pihak Byzantine.
May 6: Ottoman melaku serangan selepas terbit matahari namun masih tersekat.
May 12: Serangan kali kedua Ottoman. Kali ini mereka cuba lagi untuk masuk menembusi walls melalui lubang. Namun masih juga tersekat. Seterusnya pasukan Ottoman mengambil keputusan berusaha dengan memanjat walls. Usaha ini diketuai oleh Ulubadli Hasan. Malangnya usaha beliau belum berhasil. Hasan bersama lapan belas anggota pasukan syahid dalam usaha berkenaan.
Seterusnya Ottoman berdepan pula ancaman pasukan Hungary yang merancang datang membantu Byzantine. Sampai pada satu suasana kritikal pemimpin tentera Ottoman, Jeneral Halil Pasya mengambil keputusan untuk berundur. Namun atas nasihat dan desakan oleh vizier Zaganos Pasya bersama Syeikh Samsudin (ada yang eja Akshemseddin) supaya serangan diteruskan. Akhirnya menjelang subuh Selasa 29 May serngan Ottoman mencapai kemuncaknya.
May 29: Ottoman berjaya memasuki Constantinople diketuai Mehmed masuk melalui Topkapsu Gate.
Walls of Constantinople
Source: turkey tour - link.
Built by Emperor Theodosius II between 412 and 413 AD walls, which today is well known as the Theodosius Walls, had three parts - a main wall, a lower front wall and a moat or trench divided in that way it could be filled with water. Source: link.
Baca juga Theodesian Wall - world of history - link.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home