Monday, April 19, 2021

Old Mosque Erdine 1414

 

Period pemerintahan Ottoman menyaksikan banyak masjid di bina . Salah satu masjid tersebut ialah Masjid Tua Erdine (atau Old Mosque Erdine). Masjid tersebut juga dikenali dengan nama Turki Eski Camii Mosque. Erdine merupakan ibu kota pemerintahan period awal Ottoman.

Masjid Tua Erdine mula dibina pada 1403 oleh anak Sultan Bayezid I yang bernama Emir Suleyman (d.1410). Selepas kematian beliau pembinaan masjid diteruskan oleh Musa Chelebi (d.1413). Beliau adalah juga seorang lagi anak Sultan Bayezid. Musa Chelebi ditewaskan oleh Mehemet Chelebi pada 1412 dalam perebutan menguasi takhta Ottoman. Mehemet Chelebi akhirnya berjaya menyudahkan pembinaan Masjid Tua Erdine pada 1414.

Sultan Mehemed meninggal dunia pada 1421 dan beliau menyerahkan Ottoman kepada anak yang bernama Murad II (r.1421-1451).

 

Masjid Tua Erdine / Eski Camii Mosque

 


 

Baca Eski Camii Erdine - description and photo. travel article (link).

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home