Thursday, September 09, 2021

Melaka Selepas Sultan Muzaffar Syah

 

Catatan bacaan buku Kesultanan Melayu Melaka terbitan Usm 2021. Bab akhir memuat artikel bertajuk "Kejatuhan Melaka 1511: Antara 'feudalisme Melayu', kekejaman raja dan pengkhianatan orang asing" oleh Azmi Ariffin. Tajuk artikel menjelas sendiri bahawa antara faktor yang menjadi penyebab kejatuhan Melaka adalah tiga hal tersebut iaitu feudalism, kekejaman raja dan unsur pengkhianatan asing.

Sultan Muzaffar yang nama asalnya Raja Kassim adalah cucu kepada Mani Purindan, seorang puteri raja, berasal dari India. Pada awalnya Raja Kassim tersingkir dari mengganti takhta yang diserah kepada Sultan Abu Syahid (r.1444-46). Ketika itu usia Sultan AS masih kanak-kanak dan pemerintahan banyak dikuasai oleh Raja Rokan. Setelah tersingkir Raja Kassim keluar dari istana membawa diri hingga terpaksa bekerja sebagai nelayan.

Teks juga menyebut bahawa kecelaruan pemerintahan Melaka bermula seawal selepas lantikan Sultan Muzaffar Shah yang di sokong oleh Bendahara Tun Ali. Sejak itu telah wujud amalan buruk dalam tadbir urus Melaka, perebutan kuasa, salah guna kuasa dan rasuah. Keadaan diburukkan lagi oleh pertelagahan para pembesar di kalangan Tun Ali dan Tun Muzahir.

Museum Kesultanan Melayu Melaka

Baca "Geopolitik dan diplomasi Kesultanan Melayu Melaka". patriot asia 2020 - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home