Wednesday, August 04, 2021

Kerajaan Pemerintahan Islam India


Entri asal geop - link:

Kerajaan Benggala diasas oleh Samsuddin Ilyas Shah bermula pada 1342 dan beliau memerintah hingga 1358. Kerajaan Benggal menguasai wilayah Sonargaon, Satgaon (juga dipanggil Saptagram) dan Lakhnauti. Baca wiki bengal - link

Kerajaan Jaunpur (1351-1466), menguasai wilayah Jaunpur. Antara pemerintahnya Khoja Khan dan Husain Syah Syarqi. Jaupur kemudiannya berada di bawah Moghul.[Maklumat ini perlu kajian semula]. Wiki kata period kerajaan jaunpur adalah 1394-1479 (link).

Kerajaan Malwa (1401-1564). Antara pemimpinnya ialah Hoshang Syah. Malwa kemudiannya berada di bawah Moghul. [Perlu kajian semula - menurut wiki Malwa pada period 1392-1561].

Dinasti Lodi (1451-1526) – juga terdiri dari empat Sultan. [Pemerintah Lodi geop - link].

Kerajaan Bahmani Dekan, menguasai wilayah Dekan iaitu di bahagian tengah India. Tubuh pada 1347 dan runtuh pada abad ke17. Antara sultan yang terkenal ialah Alauddin II (1435-1459), Humayun Bahmani (1459-1463 dan Muhammad II (1463-1482).[Menurut wiki Bahmani period 1347-1527 link].

Kerajaan Gujerat menguasai wilayah Gujerat bermula pada 1396. Pemerintah terkenal Gujerat ialah Sultan Mahmud (1494-1511). Menurut wiki period Gujerat adalah 1407-1573 (link).

Kerajaan Moghul muncul pada abad ke16 (1527-1857). Diasas oleh Babur (1526-1530). Kemudian Humayun (1530-1556), Akbar (1556-1605), Jahangir (1605-1627),Shah Jahan (1627-1658), Aurangzeb (1658-1707) dan pemimpin lain seterusnya.

Source: 

Buku penjajahan Portugis dan Sepanyol, page 8. Nampaknya fakta dalam buku ini perlu banyak kajian semula!


Masjid Fatehpuri, Delhi

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home