Monday, July 26, 2021

Pemerintah Agung Mongol - Timurlane

 

Timurlane berasal dari puak Mongol yang telah pun menetap di Transoxiana. Ada yang mengeja nama beliau Tamerlane. Kejayaan Tamerlane bermula pada 1380 bila mana beliau berjaya menewaskan Khan dari Jatah dan puak Khawarizmi. Pada 1383 Tamerlane memimpin pasukan menyerang Parsi dengan terlebih dulu menakluk Herat. Berikutnya satu demi satu kejayaan yang beliau capai.

Antara 1383-85 Tamerlane berjaya menguasai Khorasan dan timur Parsi. Selanjutnya pada 1386 hingga 1394 Fars, Armenia, Iraq, Azerbaijan, Mesopotamia dan Georgia jatuh ke tangan beliau. Pada 1391 beliau mara ke Russia memerangi Tokhtamiysh dan menggulingkannya. Tamerlane berikutnya menduduki Koscow selama setahun.

Pada 1398 Tamerlane mengalih tumpuan ke India. Beliau menuju Delhi dan dapat mengalahkan Sultan Mahmud Tughluq di Palipat. Setahun kemudian beliau kembali ke kota pemerintahan Transoxiana.

Berikutnya Tamerlane memerangi Sultan Mamluk Mesir dan Ottoman Bayezid I kerana mereka menakluk beberapa wilayah kuasa beliau. Tamerlane berjaya menduduki Damascus pada 1401. Pada tahun sama beliau berjaya menawan Baghdad dan telah membunuh seramai 20000 penduduk sana. 

Pada 1404 selepas berangkat pulang ke Samarkand Tamerlane bercadang pula menyerang China. Beliau mula bergerak pada Disember. Walau bagaimana pun beliau jatuh sakit bila tiba di Otrar dan meninggal dunia pada Feb 1405.

Sebuah buku berjudul Tamerlane

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home