Sunday, July 18, 2021

Pemerintah Barakzai Afghanistan - Mohammad Yaqub Khan (r.Feb1879-Oct1879)

 

Pemerintah Dinasti Barakzai seterusnya yang mengganti Sher Ali Khan adalah Mohammad Yaqub Khan (b.1849). Beliau adalah anak kepada Sher Ali Khan (d.1879). Period pemerintahan beliau cuma lapan bulan sahaja iaitu dari Feb 1879 hingga Okt 1879.

Pada 1870 sewaktu menjadi Governor Herat Yaqub Khan bertindak menentang ayahnya Sher Ali. Pada 1874 Yaqub telah ditahan dipenjara.

Ketika tercetusnya Perang Anglo-Afghan pada 1878 Sher Ali Khan telah melarikan diri meninggalkan Kabul dan meninggal dunia pada Feb 1879. Apabila Yaqub Khan mengganti sebagai Emir beliau telah menandatangani Gandamak Treaty dengan pihak British pada Mei 1879. Melalui perjanjian tersebut Yaqub Khan menyerahkan pentadbiran hubungan luar negara Afghanistan kepada British.

Satu rusuhan menentang perjanjian telah dipimpin oleh Ayub Khan pada Okt 1879. Penentangan tersebut mengakibatkan Ayub Khan diturun jawatan. Beliau diganti pula oleh Amir Ayub Khan.

Mohammad Yaqub Khan ketika menandatangani Gandamak Treaty

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home