Dost Mohammad Khan (r.1823-39 & 1845-63)
Pemerintahan Dinasti Barakzai bermula pada 1823 diasaskan oleh Dost Mohammad Khan (b.1793). Beliau adalah anak kepada ketua puak Barakzai. Ayah beliau juga pernah berkhidmat dengan pemerintahan Dinasti Durrani.
Pada 1837 Dost Mohammad membenar campur tangan British. Beliau mengada rundingan dengan wakil British Alexander Burnes dan mengenepi pelawaan untuk bersama Russia. Kemudiannya Dost Mohammad bertukar hala dan mewujud hubungan pula dengan Russia. Maka pada 1838 British bertindak dengan menghantar tentera atas arahan Governor General Lord Auckland dan bermulalah Perang Anglo-Afghan pertama.
Pada Ogos 1839 Dost Mohammad tamat period pemerintahan pertama beliau diganti oleh Shah Shoja melalui campur tangan Raja Sikh dan Lord Auckland. Dost Mohammad kemudian naik semula memegang takhta kali kedua pada 1845. Dost Mohammad lari dalam buangan ke Mussorie pada Nov 1839.
Pada 1842 Shah Shoja mati dibunuh dan Dost Mohammad kembali semula menguasai Kabul. British pula mengambil keputusan menarik diri dari campur tangan mereka terhadap Afghanistan. Pada 1846 Dost Mohammad mengulangi semula pendirian menolak British. Beliau juga berbaik dengan Sikh.
Pada 1849 Sikh kalah di Gujerat dan Dost Mohammad berangkat bersama tentera pulang ke Kabul. Pada 1850 Dost Mohammad berjaya menawan Balkh. Seterusnya pada 1854 berjaya pula menguasai Kandahar dan juga suku puak (tribes) yang mendiami selatan Afghanistan.
Pada 1855 Dost Mohammad mengubah pendirian hubungan luar dengan berbaik semula dengan British. Pada 1857 Dost Mohammad menyerang Persia bersama British. Pada Julai 1857 beliau mengada perjanjian dan berjaya menguasai Herat. Pada 1862 tentera Herat mara semula ke Herat dan berjaya mengambil wilayah tersebut dengan bantuan pembesar tempatan, Ahmad Khan. Pada Mei 1863 Dost Mohammad sekali lagi bertindak menyerang Herat dan berjaya menawannya kembali.
Dost Mohammad meninggal dunia pada Jun 1863 ketika masih dalam suasana menyambut kejayaan di Herat. Pengganti Dost Mohammad adalah anak beliau Sher Ali Khan (r.18631866).
Jamrud Fort aka Fatehgarh, Peshawar
According to historians, the fort was built by Hari Singh
Nalwa (1791-1837), who was the commander-in-chief of the Sikh Khalsa Army, the
army of the Sikh Empire.
Dost Mohammad dan Jamrud Fort:
Dost Mohammad sent his son Akbar Khan to defeat the Sikhs at
the Battle of Jamrud in 1837. His failure in recapturing the Jamrud Fort became
the Afghan Emir's worst concern.
Baca juga "Jamrud Fort: a valued heritage site". dawn dot com - link.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home