Pemerintah Agung Buwaihiyah - Adud Ad-Daulah (r.974-983)
Adud Ad-Daulah disenarai sebagai seoran pemerintah agung Buwaihiyah. Beliau menjadi pemerintah Buwaihiyah period 974 hingga 983. Adud Ad-Daulah naik takhta mengganti Imad Ad-Daulah dengan empayar pemerintahan menjangkau Makran Pakistan, Iran dan juga Yemen.
Pada 974 Adud telah dihantar ke Baghdad bagi menyelamat sepupu beliau Izz Ad-Daulah dalam satu pemberontakan ketika pemerintahan Abbasid At-Tai (atau Al-Muti ?). Beliau berjaya dalam usaha tersebut dan seterusnya merampas pula kuasa Baghdad dari Izz Ad-Daulah.Tindakan Adud tidak disukai bapanya dan akhirnya ia mengembalikan semula kuasa kepada Izz Ad-Daulah. [Baca geoab - link].
Selepas bapa Adud meninggal dunia, Izz Ad-Daulah melancar pemberontakan terhadap Adud. Namun pemberontakan tersebut dapat dipatahkan dan Adud menjadi pemerintah mutlak Dinasti Buwaihiyah. Beliau memakai gelaran Shahanshah - Raja Segala Raja.
Ketika Adud menguasai Baghdad konflik politik tercetus dan berlaku keganasan dan ketidakstabilan. Adud bertindak mengharamkan perbantahan dan tunjuk perasaan. Adud juga melindungi ulama Syiah di Baghdad dan memperbaiki dan membiaya pembinaan tempat keramat Syiah.
Adud juga aktif menjayakan kerja-kerja saintifik di Iran. Beliau membina balai cerap di Isfahan yang menjadi tempat bertugas ahli astronomi Abdul Rahman As-Sufi. Adud juga membina empangan besar, Band-i Amir, untuk tujuan bekalan air.
Adud Ad-Daulah meninggal dunia pada tahun 983 di Baghdad dan dikebumikan di Najaf. Beliau diganti oleh anaknya bernama Samsam Ad-Daulah.
Qur'an Gate, Shiraz
monumen yang dibina oleh Adud Ad-Daulah
Baca "Qur'an Gate in Shiraz aka Darvazeh-e Quran". iqna iran - link.
Sumber lain - persian tour (link).
Baca juga Shiraz historical gate getting back to its former glory". tehran times - link.
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home