Jamaludin Al-Afghani dan Ottoman
Jamaludin Al-Afghani adalah nama yang terkenal sebagai salah seorang tokoh reformer Islam. Beliau kerap dikaitkan dengan usaha Pan-Islamism. Jamaludin lahir pada 1839 di Afghanistan dan meninggal dunia pada 1897 di Istanbul ketika berusia 58 tahun. Keturunan keluarganya adalah satu topik yang kontroversi. Ada dua versi ceritanya. Satu versi mengatakan beliau lahir di Asadabad Iran dari keluarga Syiah. Manakala satu versi lagi mengatakan beliau lahir di Asadabad Kabul Afghanistan kepada keluarga Sunni. Baca - wiki.
Apakah kaitan beliau dengan Ottoman? Sebagaimana dinyatakan dalam beberapa penulisan Ottoman khususnya ketika dibawah Abdul Aziz (1861-76) dan Hamid II (r.1876-1909) menyokong idea Pan-Islamism. Untuk melihat bagaimana peranan Afghani kita tengok sejarah ringkas perjalanan hidup Afghani (dikutip dari bacaan buku Dilip Hiro).
1857: menunai haji Mekah dan singgah Karbala dan Najaf. Kemudian tinggal di India selama setahun. Muslim India ketika itu sedang bangkit menentang British.
1861: kembali ke Afghanistan.
1869: beliau dibuang negeri dari Afghanistan dan menuju ke Istanbul. Ottoman Abdul Aziz pada period tersebut sedang berusaha dengan reform Tanzimat. Maka beliau menerima reform pendidikan dan saintifik yang di bawa oleh Afghani. Beliau dilantik duduk dalam Council of Education. Namun ulama Ottoman Hassan Fahmi tidak sependapat dengan Afghani. Afghani meninggalkan Istanbul menuju Mesir.
1871: Afghani berada di Cairo, diterima baik oleh Khedive Ismail. Mula bersama dua pelajar beliau - Muhamad Abduh dan Said Zaghlul Pasha. Abduh kemudiannya dilantik menjadi Mufti Besar Egypt dan Said mengetuai parti politik nasionalis, Wafd.
1879: Khedive diganti oleh anaknya Tawfik dan British menasihat beliau supaya menghalau Afghani. Beliau pergi ke Hyderabad, India dan kemudiannya ke Calcutta. Afghani bertembung pendapat pula dengan Sayyid Ahmad Khan, seorang yang pro-British.
1883: Afghani berada di Paris. Beliau bergandinag dengan Abduh menerbit artikel mempromosi gagasan Pan-Islamism. Ottoman pada period tersebut di pimpin oleh Abdul Hamid II dan menyokong gagasan Afghani.
1886: Afghani dijemput datang ke Iran oleh Nasiruddin Shah. Namun populariti Afghani menyebab Shah tidak selesa. Maka Afghani seterusnya menuju pula ke Uzbekistan. Di sana Afghani melancar propaganda supaya warga India menentang British di India.
1889: Afghani menuju ke Paris dan bertemu Nasiruddin Shah di Munich. Nasiruddin menjemput Afghani datang ke Iran. Namun sekali lagi Shah berasa bimbang dengan idea reform Afghani dan menahan beliau di Tehran
1891: Sekali lagi Afghani di halau oleh Shah dan beliau menuju Bursa, Turki. Afghani bersama penyokongnya, Mirza Hassan Shirazi, menentang polisi tembakau Iran-British.
1896: Shah Iran mati dibunuh oleh seorang pedagang yang menjadi anak murid Afghani.
1897: Jamaluddin Al-Afghani meninggal dunia kerana kanser di Istanbul.
Masjid Jamaluddin Al-Afghani dan Afghani Islamic Center, New York
source: salatomatic - link ; foto masjid lain ada disumber berikut (link)
Baca "Mysterious scholar between East and West: Jamal ad-Din
al-Afghani". daily sabah 2015 (link).
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home