Shalamche, Perang Iraq Iran dan Bani Sadr
Berhenti sejenak dari hal Ottoman Turki dan berpindah sebentar ke Iran. Bila membaca tentang mereka yang pernah melawat Iran salah satu lokasi yang mereka lawati ialah Shalamche. Lokasi ini merupakan sempadan antara Iran dan Iraq dan jaraknya sekitar 30 minit dari Khoramshar (ada yang eja Khorramshar). Iran dan Iraq pernah berperang lama iaitu bermula pada 1980 dan berlanjutan sekitar sepuluh tahun. Shalamche yang merupakan lokasi sempadan tentunya menjadi antara yang terdedah dalam perang dua negara tersebut.
Apa halnya pula dengan Bani Sadr. Ketika perang berlaku Bani Sadr adalah Presiden Iran. Beliau baru saja dipilih sebagai Presiden selepas kejayaan Khomeini menjatuhkan Shah Pahlavi melalui revolusi Iran 1979. Namun terbukti kemudiannya bahawa Bani Sadr adalah seorang pengkhianat yang membantu pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan Islam Iran. Ketika berlaku perang Iraq-Iran khususnya di Shalamcheh Bani Sadr telah khianat dengan tidak menghantar bantuan tentera ke Khoramshar. akibatnya kumpulan tentera Khoramshar terpaksa bersendirian menghadapi serangan tentera Iraq di lokasi sempadan Shalamceh. Akhirnya kota Khoramshar jatuh ke tangan Iraq dan peperangan tersebut berlanjutan selama lapan tahun.
Catatan bacaan buku travelog Iran m/surat 135.
pintu sempadan iran-iraq di shalamceh
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home