Saturday, May 01, 2021

Masjid dan Makam Ayub Al-Ansari Istanbul

 

Selepas berjaya bertapak di Constantinople antara usaha awal Mehmed ialah mencari makam Ayub Al-Ansari. Beliau adalah sahabat Nabi yang turut serta dalam misi pertama Islam masuk ke wilayah Byzantine. Peristiwa besar tersebut berlaku pada sekitar tahun 674. Pasukan ke Byzantine tersebut dipimpin oleh Yazid bin Muawiyah. Untuk mengingati dan menghormati Al-Ansari Mehmed telah meminta bantuan guru beliau Syeikh Samsuddin untuk mengenal pasti lokasi sebenar pusara asal Abu Ayub Al-Ansari. Di lokasi tersebut Mehmed membina makam dan juga Masjid Al-Ansari.

Masjid Al-Ansari dibina buat kali pertama oleh Mehmed pada 1458. Masjid asal tersebut musnah akbat berlaku gempa bumi pada 1766. Pada 1798 Sultan Selim III mengarah untuk dibangun semula masjid baru mengganti masjid asal yang telah musnah. Sultan Mahmud mengelok masjid tersebut dengan binaan menara dan siap pada 1822. 

Nama asal Ayub Al-Ansari ialah Khalid bin Zayd bin Kulayb bin Thaalba (baca - wiki).

Masjid Eyup Sultan

source: acetes travel- link.



Source: turkey tourism - link

Makam Ayub Al-Ansari (source - link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home