Friday, July 16, 2021

Pemerintah Barakzai Afghanistan - Mohammad Azam Khan (r.1867-68)

 

Mohammad Azam Khan (b.1820) menjadi Emir Afghanistan pada period Oct 1867 hingga Ogos 1868. Beliau anak lelaki kelima Dost Mohammad Khan. Azam Khan menjadi Emir ketika suasana pertelingkahan sesama anak Dost Mohamad masih berterusan. Azam Khan menghadapi saingan Sher Ali Khan telah mendapat semula jawatan Emir Afghanistan pada Ogos 1868 selepas pasukan tentera beliau berjaya menawan Kabul. Sher Ali datang ke Kabul pada Sep 1868. Manakala Azam Khan pula melarikan diri ke Sistan dan kemudiannya ke Iran. Azam Khan meninggal dunia di Iran pada 1870.

Sher Ali Khan yang mengganti Azam Khan memegang jawatan Emir Afghanistan untuk kali kedua. Pertama kali beliau menjadi Emir adalah pada period Jun 1863 hingga Mei 1866. Jawatan Emir yang dipegang Sher Ali Khan dirampas pula oleh abang beliau Afzal Khan (r.1866-67). Afzal meninggal dunia pada 1867 akibat penyakit kolera. Kemudian Azam Khan pula yang menjadi Emir.

Sher Ali Khan menjadi Emir kali kedua period Ogos 1868 hingga Feb 1879 [baca - abba1].

Mohammad Azam Khan

source: wiki

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home