Wednesday, July 28, 2021

Afghanistan Period Zahir Syah dan Kabul University

 

Zahir Shah naik menjadi pemerintah Afghanistan pada 1933 setelah Nadir Shah mati dibunuh. Usia beliau ketika itu baru 19 tahun maka pemerintahan banyak dikendalikan oleh bapa saudara beliau, Muhammad Hashim Khan. Sejak awal period pemerintahan Zahir Shah berlaku pertembungan antara pihak tradisionalis Islam dengan puak nasionalis dan modernis. Golongan kedua cenderung untuk melihat Islam Afghanistan diadun bersama perkembangan pengetahuan, menerima sains dan teknologi terutama untuk pertahanan negara. Manakala golongan ulama tradisonalis menolak dan mahu Islam kekal cara tradisi. Golongan tradisional ini pula disokong sama oleh ketua2 puak (atau ketua tribes). 

Dari segi agama golongan modernis mahukan menggalakkan ijtihad seperti mana amalan Sunni. Manakala tradisionalis berpegang bahawa ijtihad sudah tiada iaitu sebagai mana pegangan aliran Hanbali. Pertembungan dua golongan tersebut membuatkan pemerintahan Zahir Shah tersepit dan sukar untuk bergerak dan berubah. 

Namun begitu kesan WW2 menunjukkan bahawa sains dan teknologi adalah suatu yang perlu diterima. Maka Zahir Shah mengambil langkah mewujudkan Universiti Kabul  pada 1932. Ia bermula dengan Fakulti Perubatan dengan kerjasama Lyons University. Kemudiannya diikuti Fakulti Sains, Undang-undang dan Sains Politik. Pada 1944 ditubuhkan pula Fakulti Teologi dengan afiliasi bersama Universiti Azhar Cairo. Maka pelajar agama boleh menerus pelajaran mereka di Afghanistan tanpa perlu keluar ke negara lain.

Perkembangan yang berlaku memberi impak yang positif kepada golongan nasionalis modernis dan memberi tamparan kepada tradisionalis. Seterusnya pada 1947 muncul pula satu kumpulan gerakan iaitu Awakened Youth. Mereka terdiri dari golongan terpelajar yang mendesak dilakukan reform terhadap perlembagaan. Antara respon pihak pemerintah adalah membenar pengundian parlimen secara lebih demokratik. Amalan sebelumnya pemilihan ahli parlimen lebih kepada keputusan oleh istana iaitu dipilih oleh monarki. Satu lagi perubahan yang berlaku ialah wujudnya ruang untuk bersuara dan press yang lebih bebas. 

Kesannya Universiti Kabul mula menjadi medan bagi golongan nasionalis modernis dan union (atau kesatuan) pelajar mula terbuka membincang perkara yang sebelum ini terlarang. Antara perkara tersebut termasuklah tentang communism dan atheism. Turut sama rancaknya adalah kecaman ke atas golongan agamawan dan juga Hazrat of Shor Bazaar atas sikap fanatik dan konservatif mereka. [Hazrat of Shor Bazaar merupakan sebuah famili agamawan yang berpengaruh di Afghanistan].

Kepada Zahir Shah kedua-dua golongan ini i.e., golongan pendesak terpelajar dan golongan agamawan tradisonalis menjadi pengancam kepada institusi monarki dan juga negara. 

Sebahagian kampus Kabul University

sumber: bitlanders - link

- - - - -

- - - - -di

0 Comments:

Post a Comment

<< Home