Tuesday, October 26, 2021

Siasatan dan Pendakwaan Tokoh PBS

 

Sepanjang penggal pemerintahan PBS pada 1886-1990 beberapa tokoh parti telah diambil tindakan oleh agensi pusat. Antaranya adalah AG Sabah dan penasihat PBS Herman Luping. Beliau telah didakwa atas tuduhan rasuah. Pada April 1988 Lhdn telah membuat serbuan rumah tokoh PBS Mark Koding, Chan Tet Onn dan Bernard Dompok. Pada 1990 Pengarah Yayasan Sabah Jefrey Kitingan telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah melibat ekspot balak.

Mark Koding digantung dan akhirnya buang dari PBS pada Ogos 1989. Tindakan ke atas Koding adalah ekoran pertembungan beliau denga Pairin atas isu bahasan Kadazandusun. Koding sebagai Presiden USDA, sebuah pertubuhan Dusun Sabah berbeza pendapat dengan Pairin sebagai Presiden pertubuhan Kadazan Sabah KDA. Pertelingkahan mereka adalah atas isu bahasa kedua etnik tersebut. Koding berikutnya menubuh parti baru AKAR, Angkatan Keadilan Rakyat. Koding hilang kelayakan sebagai Adun dan prk diadakan di Kunak yang berakhir kekalahan beliau kepada calun PBS.

Pada Feb 1989 sebuah lagi parti baru ditubuh iaitu Parti Rakyat Sabah PRS oleh James Ongkili. Harris Salleh turut menubuh sebuah lagi parti baru iaitu ADIL. Namun kesemua parti baru tidak mendapat sambutan.

Papar Riverfront, Sabah

Baca "Dua belas tempat menarik di Papar". explore sabah - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home