Mogok Pekerja Sebelum Darurat 1948
Artikel HLL menyenarai beberapa gerakan penentangan dan mogok oleh kaum pekerja selepas sekitar period awal penubuhan PKM. Penubuhan PKM di Malaya adalah pada 30 April 1930. Antara mogok yang diadakan adalah;
Mogok oleh kalangan tukang kasut Kuala Lumpur pada 30 Disember 1933. Mogok oleh kalangan tukang jahit Kuala Lumpur pada 8 Januari 1934. Mereka menuntut naik gaji dan memperbaiki keadaan tempat kerja.
Mogok oleh pemandu lori Penang pada 10 Oktober 1934. Mogok kerana pengurangan kadar bayaran muatan dari 60 sen kepada 50 sen.
Mogok pekerja Cina lombong besi Sri Medan Batu Paahat pada 16 September 1935. Mereka menuntut kenaikan gaji. Mereka berjaya mendapat kenaikan 20%.
Mogok menuntut naik gaji pekerja kilang getah Sham Yip Leung, Kelang Selangor pada 6 hingga 15 Januari 1937. Mereka berjaya mendapat kenaikan gaji 7.5 ke 30%.
Mogok pekerja terompah di Seremban pada 1 Mei 1937. Hasilnya mereka mendapat kenaikan gaji 10%.
Lombong bijih besi Sri Medan
sumber: fb (link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home