Tuesday, December 27, 2022

Kedatangan Warga Ceylon Ke Malaya


Catatan bacaan The Malaysian Indian Dilemma m/s 20.

Menurut penulis Vanjey Raman Manickam warga Ceylon mula datang ke Malaya pada 1894. Kebanyakan mereka adalah para professional seperti doktor, peguam dan jurutera. Menjelang 1931 dikata jumlah mereka sudah seramai 12,700. Bila sekolah Inggeris Victoria Institution mula dibuka pada 1900 ramai anak warga Ceylon menjadi murid. Menjadikan majoriti murid VI terdiri warga Ceylon. Menjelang 1947 bilangan warga Ceylon meningkat kepada15,411 dan sepuluh tahun kemudian menigkat kepada 24,616. Selepas kemerdekaan sekitar 70% dari mereka memperoleh kewargaan. [Rujuk buku Ramasamy pg 218].

Pada 1930 Stadium TPCA siap dibina di Kuala Lumpur. TPCA bermakna Tamilian Physical Cultural Association dan stadium tersebut menjadi pusat aktiviti warga Ceylon dan turut menjadi kebanggaan kepada warga Tamil lain.

Warga Ceylon yang berhijrah ke Malaya memandang rendah kepada buruh migran India yang datang bekerja di estet Tanah Melayu. Mereka rapat dengan pentadbir British tetapi tidak mengguna hubungan baik tersebut membantu ehwal buruh migran di estet.

Bangunan The Willows BKK (Dec '22)

- - - - -


0 Comments:

Post a Comment

<< Home