Friday, October 06, 2023

Sekolah Melayu Kota Raja


Buku SNU m/s 9 menyebut bahawa Sekolah Melayu Kota Raja, Spore merupakan sekolah yang menempat pelajar Melayu belajar dalam Darjah VII. Ia adalah satu-satunya sekolah yang ada penempatan Darjah VII untuk pelajar Melayu.

Namun untuk layak ke Darjah VII bukanlah mudah. Pelajar sekolah Melayu darjah IV dikehendaki terlebih dulu menduduki ujian masuk sekolah Inggeris. Hanya yang lulus dapat masuk dan ditempatkan dalam SMC1 dan SMC2. Setelah dua tahun (tamat SMC1 dan SMC2) mereka akan didaftar pula ke sekolah Inggeris darjah III. Memang panjang perjalanannya dan lama masa.

Dalam awal tahun 80an ia dijadikan sebagai ibupejabat MENDAKI, sebelum berpindah di bangunan barunya sekarang di Sekolah Melayu Siglap. (fb - link).

Sekolah Kota Raja

[sumber - link]

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home