Friday, February 23, 2024

Pengalaman Kassim Ahmad - Mengail dan Kemalangan


Mengisah pengalaman masa cuti sekolah atau setiap hujung minggu. Aktiviti mengail ikan di kawasan bendang. Diceritakan teknik menangkap ikan yang berbagai. Antara teknik yang disebut - teknik mengail, menyerkap ikan, menahan taut, menangkul ikan, dan mengelau ikan. Hasil tangkapan dikawasan bendang adalah ikan keli, puyu, dan haruan.

Ada lima kemalangan yang hampir meragut nyawa beliau berlaku semasa kecil dan ketika sudah bersekolah dan juga setelah dewasa;

Jatuh dari tingkap rumah ke bawah ke tanah pasir pada ketinggian sekitar tujuh kaki (ketika usia dua tahun).

Peristiwa pecah batas ban dan hampir hanyut.

Kena bola ragbi yang ditendang kuat dan terus pengsan.

Jatuh dua belas anak tangga ketika membawa pakaian siap basuh untuk dijemur.

Kereta dipandu ister jatuh ke dalam Sungai Gedung, Perak, ketika pulang satu mesyuarat parti.


Rak buku Ratu Level 2

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home