Masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya
Catatan bacaan mengenai masjid yang dibina oleh kaum Cina Muslim Indonesia.
Ada beberapa masjid di Indonesia yang dinama Masjid Cheng Ho (dan ada juga nama Muhammad Cheng Hoo). Semua Masjid Cheng Ho yang ada dibina oleh Cina Muslim Indonesia yang bernaung di bawah organisasi Persatuan Islam Tionghua Indonesia, PITI. Salah sebuah masjid tersebut adalah Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya. Masjid siap dibina pada 2002. Nama Cheng Ho diambil sebagai . mengingati ketokohan Laksamana Cheng Ho. Beliau terkenal sebagai pelayar yang pernah mengetuai armada China datang belayar ke Nusantara. Cheng Ho pernah mendarat dua kali di Semarang iaitu pada 1410 dan 1416. Kedatangan beliau adalah untuk mengunjungi Raja Majapahit. Sebagai satu keistimewaan kebanyak masjid Chen Ho dibina dengan binaan menyerupai sebuah kapal sebagai simbol Cheng Ho seorang pelaut.
Masjid Muhammad Cheng Ho, Surabaya
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home