Catatan Buku Brockopp
Hari ni menyambung baca buku Muhammad Heir's oleh Brockopp yang terakhir diselak mungkin sekitar sebulan atau dua bulan yang lepas.
Brockopp turut merujuk banyak buku yang lain. Antaranya adalah buku oleh Michael Lecker (b.1951). Buku Lecker bertajuk Muslims, Jews, and Pagan: Studies of Early Islamic Medina terbitan Brill 1995. Ada sebuah lagi buku Lecker dengan judul hampir sama 'People, Tribes and Society in Arabia Around the Time of Muhammad'. Dua buku ini pernah saya pinjam dari librari lama dulu. Namun tak dapat nak habis baca kerana waktu tu memanglah sibuk dengan tugas hakiki.
Bagusnya bila baca buku Brockopp beliau muatkan juga rumusan apa yang yang ditulis oleh Lecker. Maka dapatlah idea apa yang cuba disampaikan oleh Lecker walau tanpa membaca buku Lecker!
Brockopp menyebut bahawa .. i am quite impressed with the plausibility of his (i.e., Lecker) reconstruction. However, Lecker’s strongest evidence is for property ownership, economic activity, and political alliances. It does little to inform us of the religious or intellectual life of this community.
Bermakna fokus Lecker dalam buku beliau cuma tentang ehwal milikan harta, aktiviti ekonomi serta pautan politik penduduk Medina. Beliau tidak memapar tentang kehidupan beragama dan intelektual warga Medina pada waktu tersebut.
Buku oleh Lecker (1995)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home