Dana Saudi Bangun Masjid dan Islam Selatan Thai
Muslim dan Islam di Thailand dapat banyak bantuan dari dana Saudi, The International Islamic Relief Organization of Saudi Arabia IIROSA, yang berpusat di Jeddah. Antara sumbangan mereka adalah untuk membangun masjid dan sekolah. Lokasi yang menjadi tumpuan adalah wilayah Selatan Thailand di mana mereka telah membangun enam buah masjid sekitar period 1993 hingga 2001.
Masjid pertama dibangun pada 1993 iaitu Jamaat ul Muslimin Mosque, Ban Tonal, Patani. Masjid kedua - Masjid Darussalam, juga di Ban Tonal Patani (1997). Masjid ketiga pada 2001 tidak dinama juga di Patani. Masjid keempat Masjid Al-Amir di Yala juga pada 2001. Masjid kelima Masjid Rakijah Azzagor Yala siap pada 2002. Masjid keenam Masjid Darul Mum-Inin di Ban Thanum, Patani. Ia mula dibina pada 2001 namun siap agak lewat pada 2003. Kelewatan adalah kerana masalah dana Saudi yang dikawal secara global kesan peristiwa 9/11 New York.
Sebuah lagi institusi yang mendapat dana dari Saudi dan juga negara Islam lain adalah Yala Islamic Uni atau dikenali juga Fatoni Uni. Ia mula dirancang oleh Muslim World League pada 199 dan ditubuh pada 1998.
Almari barangan masjid darul aman, Bangkok
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home