Sayyid Dan Sharif Di Swahili Afrika
Selesai membaca sebuah artikel yang membincang mengenai sayyid dan sharif di rantau swahili. Artikel bertajuk 'The role of the masharifu on the Swahili coast in the nineteenth and twentieth centuries'. Artikel ditulis oleh Valerie Hoffman, seorang pengkaji Islamic studies dari Illinois University.
Swahili meliputi sekitar kawasan pantai timur Afrika termasuk antaranya Mogadishu, Kilwa dan Mombasa. Dua lokasi - Mombasa dan Kilwa telah dimusnah oleh Portugis ketika puncak penguasaan mereka ke atas kawasan laut Afrika. Turut termasuk dalam Swahili adalah Zanzibar yang didiami oleh ramai penghijrah Arab terutama dari Hadramawt. Mereka inilah yang sebahagiannya dari keturunan Sayyid dan Syarif.
Penceritaan mengenai sayyid dan syarif Swahili agak panjang dan juga boleh menimbul salah faham serta perlu pembacaan lanjut. Namun ada beberapa nama tokoh yang menjadi sejarah bila membincang engenai sayyid dan sharif Swahili. Mereka adalah ulama bernama Abdallah Wazir Msujini. Isu beliau menjadi kontroversi kerana mengahwini dua wanita Sayyida (atau mudahnya Sharifah). Sedangkan Abdallah bukanlah seorang Sayyid walau beliau sendiri mendakwa seorang sayyid namun tiada pembuktian jelas.
Perkahwinan Abdallah dengan dua sharifah telah dibahas oleh seorang tokoh sayyid dari Zanzibar iaitu Hasan bin Muhammad b Hassan Jamal al-Layd (d.1904). Hasan b Muhammad siap menulis kritik mengenai perkahwinan Abdalah dengan menyerta sama pendapat atau hujah ulama yang tidak memboleh perkahwinan tersebut. Tulisan kritik Hassan b Muhammad dihantar kepada Mufti Besar Mekah yang turut bersetuju dengan poin yang ditulis oleh Hasan bin Muhaad.
Seorang lagi tokoh muslim Swahili yang menjadi perbincangan adalah Syaikh Al-Ain bin Ali al-Mazru'i (1890-1947) berasal dari Mombasa. Beliau merupakan tokoh yang membawa aliran reform termasuk kritikan kepada golongan masharifu (sayyid dan sharif).
Satu lagi tajuk besar tentang perjuangan Muslim Swahili yang mesti dibaca adalah tentang Zanzibar Revolution. Pemberontakan yang dicetus oleh Julius Nyerere melawan penduduk Arab dan Muslim Zanzibar.
Catatan bacaan m/s 188
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home