Sunday, October 29, 2023

Siapa Ibn Ishaq?


Catatan bacaan m/s 85.

Prof Hamka dalam kitab azhar dalam tafsir ayat 162 surah An Nisa (i.e., Juz 6 m/s 85) menyebut dua periwayat - Ibn Ishaq dan al-Bayhaqi. Prof  Hamka menyebut orang Yahudi yang mendapat pujian kerana dalamnya ilmu mereka dan disertai sama iman. Mereka adalah Abdullah bin Salam serta dua teman beliau - Usaid bin Sya'ah (ada yang eja Sa'yah) dan Tsa'labah bin Sya'ah. [Ada yang menambah nama ketiga Asad bin `Ubaid - link].

Siapakah Ibn Ishaq?

Nama beliau Abu Abd Allah Muhammad ibn Ishaq ibn Yasar al-Muttalibi. Ibn Ishaq lahir sekitar 85H/704M di Madinah dan meninggal dunia pada 150H/767M di Baghdad. Ibn Ishaq terkenal sebagai seorang sejarawan Muslim berbangsa Arab. Beliau telah mengumpulkan periwayatan lisan yang menjadi asas penting biografi Nabi Muhammad SAW. Sirah yang ditulis Ibn Ishaq kemudiannya di sambung pula oleh Ibn Hisyam dan dikenali sebagai Sirah Ibn Hisyam.

Baca wiki - link.

Baca juga 'The Making of an Image: The Narrative Form of Ibn Ishaq's Sirat Rasul Allah'. Katherine Amanda Milby 2008 - link.

'The problem with ibn ishaq' answering christians claim (link).

who was ibn ishaq (islam great religion - link).

Masih dikedai buku

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home