Sunday, October 25, 2015

Ertugrul, Osman Gazi, Sultan Seljuk dan Ottoman

 


Penubuhan kerajaan Ottoman bermula dengan pengiktirafan Osman Gazi sebagai pemimpin atau sultan pertama. Bapa Osman Gazi bernama Ertugrul yang merupakan ketua kepada kaum Kayi yang bertapak di Sokut, Turki. Nama penuh beliau ialah Ertugrul bin Gunduz Alp. Tiada pula info atau sumber bacaan yang menyebut tahun kelahiran Ertugrul. Beliau berperanan besar ketika pemerintahan Sultan Seljuk Anatolia yang bernama Alaeddin Kaykubad (r.1220-1237). Pada tahun 1230 Ertugrul membantu Alaeddin berperang melawan Khawarezm Shah. Bantuan Ertugrul telah memberi kemenangan kepada Seljuk Alaeddin dalam pertempuran yang dinamakan Perang Yassicemen. Alaeddin menghargai bantuan Ertugrul dengan memberi wilayah Sokut untuk ditadbir oleh Ertugrul.

Ertugrul meninggal dunia pada 1281 dan diganti oleh anak beliau Osman sebagai pemimpin Kayi dan juga mentadbir wilayah Sokut. Pada 1284 Osman menerima watikah perlantikan sebagai emir Sakot. Menurut Mehmet dalam buku beliau m/s 10, watikah tersebut diberikan oleh Sultan Seljuk Alaeddin (r.1284-1307). Semacam ada keliru di sini kerana dalam senarai Sultan Seljuk Anatolia pada 1284 sultan memerintah ialah Giyaseddin Mesud (link). Jawapan kepada hal ini ialah kemungkin Alaeddin dan Giyaseddin berkuasa di wilayah yang berbeza.

Osman Beg atau Osman Gazi mencapai kemuncak gemilangnya pada 1288 apabila beliau berjaya melebar wilayah dan seterusnya membawa Islam ke Karajahisar. Sultan Giyaseddin amat bangga dengan pencapaian Osman dan memberi beliau hadiah penghargaan (baca geop – link). Pada tahun berikutnya 1289, Osman mengistihar kerajaan beliau berdiri bebas dari Sultan Seljuk yang ketika itu sudah pun di bawah Mongol.

Ertugrul dimakamkan di Sokut. Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid II makam Ertugrul telah diperbaiki elok. Sejak itu makam tersebut dikunjungi oleh kaum setempat. Oleh kerana sambutan dari pengunjung semakin besar Sultan Abdul Hamid II telah memperlok kompleks makam Ertugrul serta menyedia rumah inap (atau Inn) untuk pengunjung.

ertugrul

Makam Ertugrul, Sokut

Baca “Resting place of Ertugrul Gazi”. Source: trip advisor – link.

Senarai Sultan Seljuk Anatolia sepanjang period 1077-1307 boleh baca di sini – link.

– – – – –

Entri sama geop wp 0421.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home