Mehmed III dan Pemberontakan Syiah
Entri asal geoab - link:
Satu lagi pergolakan yang berlaku pada period Mehmed III datang dari puak Syiah. Ketika period Mehmed III banyak berlaku sengketa di sana-sini maka puak Syiah pimpinan Syah Abas (r.1586-1628) mengambil kesempatan menawan semula beberapa wilayah Ottoman. Dalam penentangan tersebut Syiah Syah Abas telah meminta bantuan Pope, Raja Jerman, Poland dan Perancis serta Venice. Pada 1603 mereka telah berjaya merampas semula Tabriz, dan beberapa kota di Azerbaijan dan Revan.
Selain Syah Abas ada juga kumpulan Syiah lain yang turut menimbulkan kekacauan. Antaranya adalah kumpulan militan Syiah Qizilbash pimpinan Karayazici Abdulhalim, Kumpulan ini diasaskan oleh Haidar dan kemudiannya Syeikh Jalal.
Sultan Mehmed III meninggal dunia pada 1603 iaitu pada period berlakunya pergolakan oleh puak-puak Syiah di atas. Beliau diganti oleh anaknya bernama Ahmed I memerintah dari 1603-1617.
Topkapi Palace – kediaman Mehmed III
Topkapi mula didiami oleh Ottoman Mehmed II dan terus menjadi istana kediaman pemerintah Ottoman dari 1478-1856. Ia ditukar menjadi museum bermula pada 1924 selepas kejatuhan Ottoman. [Baca wiki].
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home