Thursday, May 25, 2017

Pemimpin MCA - Tun HS Lee

 

MCA ditubuh pada 1946 oleh tiga tokoh yang menjadi pengasas iaitu Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock dan Leong Yew Koh (entri). Tun HS Leey atau nama penuhnya Henry Lee Hau Shik dilahir pada 1900 di Hong Kong. Beliau ialah anak sulung satu keluarga peniaga kaya yang membuka pejabat di Hong Kong dan Singapura. HS Lee adalah lulusan Ekonomi dan Undang-undang London University. Beliau pernah bekerja dengan P&O Bank, di HK.

Beliau datang ke Malaya untuk bercuti pada 1924. Namun telah terus menetap apabila beliau membeli sebuah lombong di Kepong dan kemudiannya menjadi pelombong berjaya di Selangor dan juga Perak. Semasa Jepun datang menyerang Tanah Melayu HS Lee sempat melarikan diri ke Mumbai, India. Selepas tamat perang Jepun beliau kembali ke Malaya dan dilantik menjadi ahli jawatankuasa untuk membangun semula ekonomi Malaya.

Pada 1949 HS Lee mula berusaha membuat deraf penubuhan MCA bersama Yong Shook Lin dan Khoo Teik Ee. Mereka kemudiannya menjemput Tan Cheng Lock untuk mengetuai MCA. Pada 1952 HS Lee berpakat untuk bergabung dengan Umno bertanding pilihanraya KL. Gabungan Umno-Mca berjaya menang 9 kerusi dari 12 yang dipertandingkan. Kejayaan tersebut memberi semangat kepada HS Lee untuk membentuk gabungan yang serupa di peringkat pusat. Tan Cheng Lock pada mulanya menolak cadangan HS Lee dan lebih cenderung menyokong IMP pimpinan Dato' Onn. Bagaimanapun Lee berjaya memujuk dan pada Mac 1952 mereka mula berbincang dengan Tuanku Abdul Rahman untuk gabungan Umno-MCA pusat.

Pada 1955 perikatan Umno-Mca dan Mic bergabung sebagai Perikatan dan bertanding pilihanraya pertama 1955. Mereka menang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan. Berikutnya, HS Lee dilantik duduk dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan pada period 1955-57. Setelah kemerdekaan HS Lee dilantik pula sebagai  Menteri Kewangan bagi period 1957-59. HS Lee melepas jawatan tersebut pada 1959 kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya menubuhkan D&C Bank dan mengetuai bank tersebut sehingga kematian beliau pada 1988.

Baca Tun HS Lee - wiki. Baca "The life & times of HS Lee - a patriot and nationalist". MCA magazine 2005 (link).

Buku terbitan UM "Ahli tokoh perniagaan dan tokoh politik" tahun 2018. UM Press (link).

Satu terbitan paling kini 'As empires fell: the life and times of HS Lee". Buku tulisan Ooi Kee Beng terbitan Iseas (link).


Tun HS Lee

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home