Thursday, July 20, 2017

Raja Melayu Terkesan Kalahnya Jepun - Tengku Musa Ghiatuddin

 

Pihak British merancang usaha menubuh Malayan Union sejak sebelum Jepun menyerah kalah dan keluar dari Malaya pada Ogos 1945. Sebaik Jepun keluar British mengambil alih semula pemerintahan Tanah Melayu. Antara tindakan awal British adalah melakukan siasatan terhadap mereka yang disyaki menyokong Jepun. Turut terkesan sama ialah beberapa Raja Melayu yang dilantik sebagai Sultan semasa Jepun. Mereka adalah Sultan Selangor, Sultan Terengganu, Raja Perlis, dan Sultan Kedah.

Sultan Selangor adalah yang pertama terkesan. Beliau ialah Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (dalam buku Stockwell nama beliau ditulis Musa Udin - entri). Sultan Musa Udin telah diturun jawatan, dikena tahanan dalam istana dan akhirnya diambil tindakan buang negeri ke Kepulauan Cocos. Beliau berada di Cocos Islands hingga bulan March 1946. Petisyen kepada pihak British untuk membebas Tengku Musa telah dibuat oleh isteri beliau dan juga oleh pembesar Melayu Selangor. Tengku Musa akhirnya di bawa ke Kampung Gelam Singapura selama beberapa hari. Akhirnya beliau dibenar kembali ke Selangor.

Pemimpin Persatuan Melayu Selangor pernah merancang untuk menaik beliau sebagai Presiden Umno. Namun usaha tersebut tidak tercapai kerana Tengku Musa Udin telah diberi nasihat supaya tidak hadir ke Kongres yang diada pada 1946.

 

Monumen Peringatan di Tugu Negara

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home