Thursday, June 15, 2017

Pergolakan Period Sultan Ahmed I

 

Entri asal geoab - link:

Apakah sejarah yang berlaku sepanjang period Sultan Ahmed I dari 1603-1617? Pemerintahan Ottoman waktu tersebut menghadapi ancaman berterusan dari Kristian Eropah. Penentangan ke atas Ottoman juga datang dari gerombolan Safavid Iran iaitu puak Syiah dan juga pemberontak Jalali (Celali) Anatolia. Pergolakan di antara Ottoman dengan Austria sudah berterusan selama 14 tahun. Sultan Ahmed akhirnya mengambil keputusan untuk mengadakan perjanjian damai Zsitvatorok pada 1606. Perjanjian ini akan berkuatkuasa selama dua puluh tahun. Tindakan ini memberi ruang keamanan kepada Ottoman namun ia juga menandakan tamatnya era perluasan kuasa Ottoman. Sultan Ahmed juga memperbaharui hak istimewa kepada rakyat Perancis, British dan Venice. Tindakan ini membantu Ottoman dari segi sosial dan ekonomi, Namun maksud lainnya ia menunjukkan Ottoman dalam keadaan semakin lemah.

Pemberontakan oleh Jalali Anatolia pada 1603 berjaya dipatahkan oleh Ottoman. Pemberontakan puak yang sama (Jalali) timbul semula pada 1605 dipimpin oleh Tavil Ahmad dan diikuti pada 1607 oleh anak Tavil yang bernama Mustafa. Pasukan Ottoman pimpinan Mustafa Pasya berjaya mengalahkan Mustafa Jalali. Pada tahun yang sama i.e., 1607 timbul pula pergolakan oleh Canbolad Oglu Ali. Namun dapat dipatahkan oleh pasukan Ottoman yang dipimpin Murad Pasya.

Pemberontakan oleh puak Syiah Safavid ke atas Ottoman tidak sangat diberi perhatian oleh Sultan Ahmed kerana desakan lebih kuat ialah oleh pihak Kristian Eropah dan pemberontak Jalali. Maka Ottoman melalui Nasuh Pasya telah mengada perjanjian damai dengan Safavid Iran pada 1612. Perkembangan lain pula berlaku di mana pemimpin Safavid Syah Abas mengambil kesempatan dari perjanjian damai tersebut. Syah Abas berunding dan berpakat pula dengan para pemimpin Kristian Eropah untuk sama-sama menyerang Ottoman.

 30 facade-6

Blue Mosque Facade [Masjid Sultan Ahmed]

- - - - 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home