Friday, June 02, 2017

Ottoman Sultan Ahmad dan Fracticide Mahmud

 

Sultan Ahmad menjadi Sultan ke14 bermula pada 1603 mengganti bapanya Sultan Mehmed III. Cuma ada dua putera Mehmed III iaitu Ahmad dan Mahmud yang terselamat dari fracticide Mehmed III. Dalam peristiwa pembunuhan pada Disember 1595 tujuh belas anak Mehmed III terbunuh. Bapa Sultan Ahmad meninggal dunia pada usia agak muda 37 tahun. Enam bulan sebelum kematian Mehmed III beliau sekali lagi bertindak fracticide membunuh anaknya bernama Mahmud. Maka tinggal Ahmad dan seorang lagi adiknya, Ibrahim sahaja anak Mehmed III yang masih ada. Ahmad naik mengganti Mehmed III pada 1603. Tragedi pembunuhan Mahmud dicerita agak panjang dalam entri wiki - link. Disebalik fracticide Mahmud adalah hubung kait keluarga istana iaitu ibu Mahmud, Sultan Mehmed III dan ibu Ahmad.

 

Tomb of Mahmud bin Mehmed III (from wiki)

- -  - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home