Young Turks Dalam MCA
Kumpulan Young Turks dalam MCA diketuai oleh Dr Lim Chong Eu. Tokoh MCA lain yang bersama dalam kumpulan radikal YT ialah Too Joon Hing, Yong Pung How (Ketua Publisiti MCA) dan Ng Ek Teong. Kumpulan pengasas MCS pula dipanggil golongan pengawal tua (Old Guards - OG). Antara perkara yang dibangkitkan oleh Young Turks adalah soal bahasa dan dasar pelajaran. Mereka tidak setuju tolak ansur dalam tentang bahasa, pendidikan dan perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui oleh golongan PT. Isu yang dibangkit oleh YT disokong pula oleh para guru dan murid sekolah Cina yang berdemonstrasi pada akhir 1957. YT menyatakan secara terbuka pendirian untuk mendapatkan kesakmaan hak dan memastikan pengekalan bahasa dan sekolah Cina.
Isu sekolah Cina mulanya diperjuang oleh Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu UCSTA. Persatuan UCSTA (kini dikenali nama Dong Jiao Zong) ditubuh pada 1951 diketuai oleh Lim Lean Geok dan mereka membantah keras Ordinan Pelajaran 1952. Kemuncaknya adalah desakan untuk mengiktiraf Bahasa Cina sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu. Desakan tersebut disuarakan oleh Lim Chong Eu dalam Persidangan Kebangsaan Tentang Pendidikan Cina di Ipoh pada November 1958.
Pergeseran UMNO dan MCA bertambah meruncing menjelang pilihanraya 1959 apabila MCA menuntut tambahan kerusi. Lim menuntut supaya MCA diperuntuk sekurang-kurangnya 40 kerusi. Tuntutan MCA ditolak oleh Tunku dan beliau juga memberi amaran tidak mahu lagi bersama MCA dalam pilihanraya 1959 yang menjelang tiba. LCE akhirnya meletak jawatan presiden MCA pada September 1959. Cheah Toon Lock dilantik sebagai pemangku Presiden sebelum Tun Tan Siew Sin mengambil alih sebagai Presiden. Para penyokong LCE mula meninggal parti MCA diketuai oleh Yong Pung How. Beliau bertanding dalam PR 1959 sebagai calun Bebas.
Laluan cruise Bandar Melaka
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home