Monday, June 19, 2017

Sultan Ahmed Membaiki Masjidil Haram

 

Entri asal geob - link:

Semasa period pemerintahan Sultan Ahmed beliau menyumbang usaha memperelok Masjidil Haram Mekah. Antara usaha beliau ialah membaiki Kaabah yang rosak kerana banjir. Beliau juga membuat pancuran emas (mizab) untuk pembuangan air di loteng Kaabah. Pancuran emas tersebut berguna ketika mencuci loteng tatkala turun hujan.

Selain membina pancur emas, Sultan Ahmed juga menyumbang di segi usaha membuat kelambu Kaabah atau kiswah. Pada masa dulu kiswah Kaabah diperbuat di Mesir. Pada period Sultan Ottoman Ahmed kiswah telah mula diperbuat di Istanbul, Turki.

Satu lagi sumbangan Sultan Ahmed ialah meletakkan binaan besi seperti sarang labah-labah di telaga Zamzam. Beliau menutup telaga zamzam untuk mengelak bahaya mereka yang suka terjun ke telaga supaya kononnya dapat mati syahid.

Selain usaha di Masjidil Haram Sultan Ahmed turut memperelok Masjidil Nabawi Madinah. Beliau menukar mimbar lama Masjid Nabawi kepada batu marmar yang dibawa khas dari Turki.

Source: page 267 Turki Abdullah Abd Rahma.


Banyaknya binaan megah di Istanbul

- - - - -

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home