Ottoman ke17 Murad IV (1623-40)
Entri asal geoab - link:
Sultan Mustafa I diturunkan dari takhta buat kali kedua
pada 1623. Beliau diganti oleh Murad IV yang diangkat menjadi Sultan Ottoman
ke17. Murad IV ialah anak saudara kepada Sultan Mustafa I (Ottoman ke15) dan
adik kepada Osman II (Ottoman ke16). Murad IV menaiki takhta Ottoman pada usia
amat muda iaitu 11 tahun. Oleh kerana usia yang muda urusan pemerintahan banyak
dikendali oleh ibu beliau (Valide Sultan) Maypeyker Kosem bersama Wazir
Kemankes Ali Pasya. [Baca valide sultan (mlja – entri). Separuh period awal
(lapan tahun pertama) pemerintahan Murad IV di bawah tadbiran Valide Sultan dan
wazir. Pada period awal pemerintahan negara berada dalam keadaan kucar kacir
dengan ancaman dari dalam dan luar. Manakala perbendaharaan negara pula hampir
habis. Lapan tahun berikutnya barulah Murad IV memerintah menggunakan
kebijaksanaan beliau sendiri.
Sultan Murad IV meninggal dunia pada 1640 ketika usia baru
28 tahun akibat sakit gout. Sebelum kematiannya beliau berjaya memulihkan
keamanan wilayah dan juga memulihkan perbendaharaan negara. Murad IV juga
menyumbang pembaikan Masjidil Haram Mekah dan Masjid Nabawi Madinah. Usaha
pembaikan yang bermula pada 1629 akibat banjir besar dan selesai kerja pada
1640.
Sebahagian dari binaan Erdine Palace (tour turkey – link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home