Period Pemerintahan Osman II (1618-22)
Entri asal geoab - link:
Sultan Osman II naik takhta pada usia muda 14 tahun. Namun
setelah beberapa tahun beliau mula menunjuk kemampuan untuk mentadbir. Sultan
Osman II cuba bertindak agresif dan melakukan beberapa reformasi. Namun usaha
beliau terhalang kerana pengaruh ibunya dan juga komplot politik yang cuba
menjatuh beliau.
Di samping politik dalaman period pemerintahan Osman II
turut mendepani pergolakan dengan Safavid Iran dan kerajaan Kristian Poland.
Safavid pada period Osman II dipimpin oleh Syah Abas. Osman telah mengarah
pasukan pimpinan Halil Pasya untuk berdepan dengan Safavid. Pasukan Halil Pasya
bergabung dengan tentera Khan Krimea sehingga memaksa Syah Abas melarikan diri
ke Ardabil. Pada September 1618 Safavid mengada Perjanjian Serav dengan Ottoman
dan mereka bersetuju membayar ufti.
Manakala dengan Poland pula wazir besar Ali Pasya mengambil
keputusan berperang dan ini disokong oleh Osman II. Namun keputusan tersebut
ditentang oleh para pegawai dan angkatan tentera. Maka apabila Osman II turun
memimpin pasukan ke Poland hasrat beliau untuk menawan Khotin iaitu sebuah kubu
Poland tidak tercapai. Para tenteran Osman II hilang semangat. Keadaan tersebut
memaksa Osman II menandatangani perjanjian khotin pada 1621.yang timbul di
Krisis Poland tersebut membawa impak besar kepada Ottoman
dan juga Osman II. Kerajaan Ottoman menjadi lemah manakala Osman II pula berasa
amat kecewa terhadap pasukan Janissari. Selanjutnya Osman mengambil keputusan
membentuk pasukan tentera yang baru. Keputusan Osman tersebut membuatkan
Janissari memberontak terhadap Osman II. Maka pada 1622 mereka bertindak
menangkap Osman II serta membunuhnya. Berikutnya pasukan Janissari melantik
semula Mustafa I sebagai Sultan.
Masjid Eyup (source : globotreks – link)
[dinamakan sebagai mengingati Abu Ayub al-Ansari?]
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home