Wednesday, January 10, 2018

Ottoman Sultan Ahmed II - Catatan Maksudoglu

 

Sultan Ahmed II memerintah Ottoman period 1691-1695. Beliau adalah anak Sultan Ibrahim (r.1640-48) dan ibu bernama Muazzez Sultan (d.1687 - wiki). Ibunya bukan bergelar valide sultan kerana meninggal awal empat tahun sebelum Ahmed II menjadi sultan. Buku Maksudoglu memuat mengenai Ahmed II sekadar sekitar satu m/surat.

Period pemerintahan Ahmed II dipenuhi dengan perang Harsburg menentang Austria. Perang tersebut berpanjangan .. Perang dengan Austria bermula sejak sebelum perlantikan Ahmed II yang pada awalnya dipimpin oleh Fazil Mutafa Pasha. Misi beliau sudah hampir berjaya. Malang ketika di ambang kejayaan Fazil Mustafa Pasha telah mengalami cedera sehingga membawa maut. Kejadian malang ini menyebabkan ambang kejayaan yang hampir bertukar kepada kekecewaan. Pasukan Ottoman mengambil keputusan meninggalkan medan perang dan berpatah balik ke Istanbul.

Pada 1692 sekali lagi misi menyerang Austria dilakukan. Kali ini Sultan Ahmed II sendiri turun ke medan namun beliau gagal mengesan keberadaan pasukan lawan. Maka beliau berpatah pulang dan seterusnya memperbaiki kubu Belgrade castle.

Berikutnya pada 1693 sekali lagi misi Austria dilancarkan. Kali ini pasukan Ottoman dipimpin oleh Bozoklu Mustafa Pasha. Beberapa kejayaan dicapai dalam misi berkenaan.

Pada 1694 Sumerli Ali Pasha pula memimpin pasukan ke Austria. Setelah menyerang selama lebih dua puluh hari pasukan Ottoman berpatah balik kerana hujan yang berpanjangan. 

Pada 1695 berlaku pula misi serangan menentang pasukan Venetian. Dalam kesibukan perang berkenaan Sultan Ahmed II meninggal dunia di Edirne Palace. Mengganti beliau sebagai sultan Ottoman ialah Mustafa II, yang merupakan anak kepada Mehmed IV. Mustafa II memerintah pada period 1695-1703.


Fethiye Mosque, Istanbul 

source: archicoo - link

Fethiye Mosque is a historical mosque located in Istanbul, Turkey. It was originally the Church of Theotokos Pammakaristos (Pammakaristos Church) which is a Greek Orthodox Byzantine church built between the 11th and the 12 centuries AD. The church was converted into a mosque in 1591 by the Ottoman Sultan Murad III, and renamed in honor of his conquest of Georgia and Azerbaijan.

- - - - -

mm

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home