Sunday, April 15, 2018

Ottoman ke24 Sultan Mahmud I (1730-54)

 

Entri asal geoab - link:

Sultan Mahmud I naik takhta sebagai Ottoman ke24 mengganti Ahmed III yang diturun kuasa melalui pemberontakan oleh Patrona Halil pada 1730. Sultan Mahmud I adalah anak kepada Sultan Mustafa II (Ottoman ke22) dan anak saudara Ahmed III (Ottoman ke23). Ketika bapa Mahmud I (Mustafa II) dijatuhkan dari takhta Mahmud I telah dipindah ke Istanbul dan dikurung di Kafe. Beliau berada dalam tahanan tersebut selama 27 tahun.

Pada awal pemerintahan Mahmud I banyak akur sahaja kepada kehendak pemberontak pimpinan Patrona Halil. Namun tidak lama kemudian Mahmud I berjaya menyingkir ahli pasukan pemberontak satu persatu termasuk akhirnya Patrona Halil sendiri.

Sultan Mahmud I meninggal dunia pada Disember 1754. Beliau meninggal dunia di atas kuda dalam perjalanan pulang setelah solat Jumaat. Mahmud I diganti oleh Sultan Osman III yang memerintah pada 1754-57. Mahmud I dimakamkan di permakaman moyang beliau (great-grandmother Turhan Sultan Mausoleum in New Mosque), Eminönü, Istanbul.


Chamber of Crown Princes, also called the kafes, at Topkapı Palace [tempat Mahmud I dikurung]

Baca -“The Ottoman Sultans who were raised in cages” – awork station (link)

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home