Ottoman ke23 Sultan Ahmed III (1703-1730)
Entri asal geoab - link:
Selepas Sultan Mustafa II diturun dari takhta adik beliau
Ahmed III pula diangkat menjadi sultan. Kedua-dua beradik ini adalah anak
kepada Mehmed IV tetapi berlainan ibu. Period pemerintahan Ahmed III yang
panjang dapat dibahagi kepada dua. Bahagian pertama adalah dari 1703 hingga
1718 yang dikatakan sebagai period yang positif di mana keamanan wujud di dalam
negeri. Zaman awal pemerintahan Ahmed III juga menyaksikan kejayaan Ottoman
merampas kembali beberapa wilayah yang jatuh ke tangan musuh.
Period kedua pemerintahan Ahmed III bermula 1718 hingga 1730
dinamakan sebagai zaman Tulip dan merupakan period dengan gejala negatif. Pada
period ini wujud nepotisme dalam pemerintahan Ottoman dan berlakunya amalan
hedonisme. Nepotisme dimulakan oleh wazir Damad Ibrahim.
Akhirnya pada 1730 Sultan Ahmed III telah diturun kuasa melalui satu pemberontakan yang diketuai Patrona Halil. Ahmed III diganti pula oleh Mahmud I yang memerintah pada 1730-1754.
Sultan Ahmed III Library, Topkapi (travel – link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home