Sunday, February 04, 2018

Senarai Pemerintah Tulunid (868-905M)


Kita telah sedia maklum bahawa kerajaan Tulunid Mesir diasaskan oleh Ahmad bin Tulun pada tahun 868M. Beliau berada dipuncak kuasa hinggalah kematiannya pada 884. Selepas Ahmad bin Tulun kerajaan Tulunid diwarisi pula oleh anak beliau bernama Khumarawayh bin Ahmad. Beliau memerintah pada period 884-896M. Selepas Khumarawayh kerajaan Tulunid disambung pula oleh dua anaknya iaitu Jaysh bin Khumarawayh dan Harun bin Khumarawayh. Jaysh memerintah pada period yang cukup pendek - cuma setahun iaitu pada 896. Kemudian diambil alih oleh Harun bin Khumarawayh untuk period 896-904. Harun terbunuh ketika berjuang mempertahan Tulunid dari serangan oleh Abbasid. Selepas Harun kerajaan Tulunid dipimpin oleh Shayban bin Ahmad bin Tulun. Shayban merupakan pemerintah Tulunid yang terakhir. Period pemerintahan beliau bermula 904 dan berakhir setahun kemudian pada 905M. Di hujung pemerintahan (pada 905) Shayban menyerah diri kepada Abbasid dan diberi perlindungan. Namun Shayban mengambil tindakan melarikan diri dari tempat perlindungan beliau. Dengan itu kerajaan Abbasid mengambil alih semula Mesir bermula pada 905M.

Sebagai rumusan disenaraikan semula pemerintahan Tulunid di Mesir dari 868 ke 905.

Ahmad bin Tulun (868-884)
Khumarawayh bin Ahmad (884-896)
Jaysh bin Khumarawayh (896)
Harun bin Khumarawayh (896-904)
Shayban bin Ahmad bin Tulun (904-905)


Ruang solat Masjid Besar Paris
- - - - -

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home