Saturday, January 20, 2018

Ottoman ke22 Sultan Mustafa II (1695-1703)

 

Entri asal geoab - link:

Sultan Mustafa II naik takhta sebagai Ottoman ke22 menggantikan bapa saudaranya Sultan Ahmed II yang meninggal dunia pada 1695. Sultan Mustafa II adalah anak kepada Mehmed IV (Ottoman ke19). Sultan Mustafa II dikatakan paling cekap dan juga paling berilmu berbanding beberapa sultan Ottoman sebelum beliau. Satu hal yang diceritakan adalah majlis khitan Mustafa II dan abangnya Ahmed serta perkahwinan dua beradik perempuan Hatice Sultan dan Fatima Sultan. Majlis mereka secara bersama pada 1675 telah diada secara besar-besaran selama dua puluh hari. Baca – wiki.

Mustafa II ketika period pemerintahannya telah berusaha kuat untuk berperang dengan Eropah. Namun begitu kekalahan pasukan tentera Ottoman yang beliau pimpin dalam Perang Zenta menyebabkan kejatuhan pemerintahan Mustafa II. Beliau telah dipecat jawatan sultan pada 1703 dan meninggal dunia empat bulan setelah dipecat.

Setelah Sultan Mustafa II dipecat beliau diganti oleh Sultan Ahmed III yang memerintah dari 1703 hingga 1730.

Baca "Sultan Mustafa II in Istanbul". osmanliistanbul 23 pages - link.


Memorial monument Battle of Zenta – Senta, Serbia (link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home