Thursday, February 01, 2018

Ahmad Ibn Tulun (r.868-884)


Apabila membaca tentang pemerintahan khalifah Abbasid akan kita temui nama beberapa kerajaan kecil lain didirikan merata wilayah. Antaranya di Mesir dengan nama Tulun (atau Tulunids dalam Inggeris). Kerajaan Tulun dipelopor oleh Ahmad bin Tulun. Berdasarkan buku Sejarah Islam oleh Prof Hamka sejarah Tulun bermula sebagai tawanan perang di zaman al-Ma'mun. Karier anak beliau, Ahmad ibn Tulun bermula sebagai pembantu pengawal juga di zaman al-Ma'mun.

Selanjutnya, Ahmad dilantik oleh al-Mutawakil (847-861) sebagai gabenor di Mesir. Ahmad mula memperkuat pasukan tenteranya sendiri dan kemudian mengambil langkah keluar dari kerajaan Abbasid menubuhkan pemerintahan Tulunid (868-905). Semasa pemerintahan al-Muktadid (892-902) pasukan tentera Abbasid telah cuba menyerang Tulun namun usaha mereka tidak berjaya.

Ahmad bin Tulun meneruskan usaha menawan beberapa lagi wilayah termasuk Damascus. Dalam satu ekspedisi tentera di luar Mesir beliau menyerah Mesir untuk ditadbir anaknya Abbas. Namun anaknya telah mengambil peluang melarikan banyak harta dan lari. Ahmad membalas tindakan dengan menyusun pasukan menyerang Abbas. Beliau juga dilucut jawatan dan dibuang ke Iskandariah.

Pada tahun 883M Ahmad telah ditentang oleh pasukan Abbasid yang diketuai oleh Talhah bin Muwafaq. Peristiwa ini berlaku bermula dengan berpaling tadah seorang Jeneral Tulun yang bernama Lu'lu. Kali ini Ahmad tewas dan terpaksa lari pulang ke Mesir. Tahun berikutnya 884M beliau meninggal dunia.

Antara peninggalan Ahmad ibn Tulun yang femes adalah Masjid Tulun di Mesir. Masjid siap pada 879M. Link - heritage.

Baca juga dua artikel oleh Matthew Gordon di sini.



Masjid Ahmad ibn Tulun (source - famouswonders)

Baca "Sejarah ketenteraan Tuluniyah di Mesir era Amir Ahmad ibn Tulun (868-884M)". Link - bitara 2018. Entri mengenai Ahmad ibn Tulun di wiki. Baca sejarah kerajaan di Egypt - link.

- - - - -

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home