Thursday, March 29, 2018

Ottoman Ahmed III (r.1703-1730) - Catatan Maksudoglu

 

Sebaik Sultan Mustafa II dijatuhkan pada 1703, Ahmed III datang menuju Istanbul dari Edirne. Ahmed III naik takhta Ottoman dan bertindak mengawal keadaan dan mengatur semula peraturan. Ahmed III juga mengeluarkan banyak wang untuk membayar para tentera untuk menyokong beliau.

Berikut adalah beberapa peristiwa sepanjang pemerintahan Ahmed III yang dimuatkan dalam buku Maksudoglu:

1711: Battle of Prutt. Pasukan Ottoman diketuai Batalji Mehmed Pasha, manakala Russia diketuai Czar Peter. Pasukan Ottoman yang berjaya. Russia memulangkan Azak Castle kepada Ottoman.

1716: War with Austria. Pada 1715 pasukan Ottoman diketuai oleh Ali Pasha berjaya dalam pertempuran Petervaradin. menawan Semenanjung Morea dari Austria. Pada 1717 pasukan mara ke Belgrade bertempur sekali lagi dengan Austria. Kali ini Ottoman kalah dan Belgrade jatuh ke Austria. Ketua pasukan Otttoman diganti pula oleh Ibrahim Pasha. Beliau melihat kelemahan Janissari kerana adanya unsur rasuah yang melampau. Pada 1718 Pasha enggan meneruskan perang dan bertindak mengadakan Perjanjian Passarowitz. Ottoman terpaksa menyerah beberapa wilayah dan kota termasuk Belgrade kepada Austria. Apabila Ibrahim Pasha pulang ke Istanbul beliau berjaya memulihkan ekonomi Ottoman. Namun tindakan beliau mengadakan festival tulip dengan berbelanja besar menyebabkan rakyat marah. Ibrahim Pasha akhirnya ditentang dan berakhir dengan kematian. 

1723: War with Iran. 

Pada 1723 berlaku revolt di Iran bila mana puak Afghan bertindak mennetang Safavid. Mereka berjaya menawan Isfahan dan mengakhiri kekuasaan Safavid. Kejayaan tersebut menaikkan Sunni memerintah dan mereka bergandingan dengan Ottoman. 

Kejayaan pasukan Ottoman di bawah pimpinan Ibrahim Pasha membuatkan Ibrahim melantik ramai kerabat memegang jawatan penting Ottoman. Amalan nepotism oleh Ibrahim membuatkan rakyat marah dan bangun menentang Ottoman. Penentangan tersebut membawa kepada Sultan Ahmed III diturunkan dari takhta pada 1730. Beliau diganti oleh Mahmud I yang memerintah period 1730 hingga 1754.

 semangant Sunni

Haydar Pasha Mosque, Nicosia, Cyprus

source: travel articles - link

Haydar Pasha Mosque, the former church of St. Catherine, was built in the 14th century and it follows the southern France architectural style. In 1570, it was changed into a mosque by the Ottomans, who added a minaret on to the southwest corner of the church. [supermastertv - link]

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home