Tokoh Roket JPL Qian Xuesen
Ada tiga tokoh yang menyumbang usaha membangun roket di Amerika Syarikat. Mereka adalah Theodore von Karman, von Braun dan Qian Xuesen. Dua tokoh pertama, von Karman dan von Braun memang tidak asing dan banyak catatan mengenai kegemilangan mereka ditulis dan dibukukan. Tetapi tidak banyak yang dicerita tentang Xuesen, tokoh yang berasal dari negara China. Xuesen adalah graduan MIT dan pernah berkhidmat di JPL bersama tokoh utama Theodore von Karman. Pada satu ketika sekitar 1949 Xuesen telah dituduh oleh McCarthy sebagai pengintip (spy) yang terlibat dengan komunis China. Tuduhan tersebut timbul ekoran kejayaan komunis Soviet melancar bom atom dan juga kemenangan Mao menubuh Republik China mengalahkan kumpulan nasionalis. Kedua-dua sejarah tersebut berlaku pada 1949. Qian Xuesen akhirnya telah diusir keluar dari Amerika Syarikat dan dihantar pulang ke China.
Qian Xuesen (d.2009)
Baca "Qian Xuesen: The man the US deported who then helped China into space". bbc 2020 - link.
"Trained in the US scientist became China 'Rocket King'. wsj 2009 - link.
"Father of space technology - Qian Xuesen dies at 98". china 2009 - link.
Sebuah museum dibina di Shanghai memperingati sumbangan Xuesen
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home