Saturday, November 06, 2021

Ahli Politik Sabah Pelbagai Parti

 

Catatan bacaan pg 20.

Ansari Abdullah satu ketika bersama PKR Tuaran. Keluar PKR pada 2014. Kini dengan PCS. Bertanding Dun Darau prn sabah ke16.

Madius Tangau Presiden Upko mengumum keluar BN dan menyokong Warisan bagi memboleh Warisan majoriti mudah kuasai Sabah. Sebelum ini 5 Adun Upko menyata sokongan kepada Musa Aman. Pada kesokan hari dua Adun Upko berpindah sokongan bersama empat Adun Umno.

Aliuddin Tahir ahli PBS Sabah menegur BN Sabah di bawah Musa Aman supaya tidak menganggap Muslim dalam PBS sebagai window dressing semata. 

Salleh Said pernah menjadi KM Sabah semasa sistem rotation sebelum Musa; memimpin United Sabah Bajau Organisation. Di ketepi oleh Musa Aman dalam PRU 2008. USBO turut dianggotai Amirkahar Mustapha dan Pandikar Amin.


BN Sabah dan GE2008: 

kerusi Parlimen Umno 14, UPKO 4, PBS 3, SAPP 2, LDP 1, PBRS 1. Wakil Sabah Anifah Aman dan Ghafur Salleh dilantik Timbalan Menteri. Anifah terus menolak manakala Ghafur menarik diri selepas lapan hari. SAPP pimpinan Yong Teck Lee pula bertindak keluar BN.

Abdullah meletak jawatan dan Najib Razak naik mengganti. NR lantik Anifah Aman, Maximus Ongkili, Upko Bernard Dompok, dan Safie Apdal sebagai menteri penuh. Timbalan Menteri pula diisi oleh PBRS Joseph Kurup, LDP VK Liew, Rahim Bakri, Lajim Ukin dan Rosnah Hamid.

Semasa period PM Najib timbul pula isu larangan penggunaan kalimah Allah. Pemimpin Sabah meminta larangan tersebut di tarik balik. 

UMNO mahu ambil Dun Tanjung Kapor dari LDP; Umno juga amhu ambil Merotai yang juga dimiliki LDP. Umno juga berhasrat mengambil parlimen Putatan dari Upko.

Terminal KK Sentral, Sabah

Baca "KK Sentral beri keselesaan penumpang" malaysiaaktif 2019 - link.

"KK Sentral termina re-opens" daily express - link.

 - - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home