Saturday, October 30, 2021

Pairin dan PRN Sabah 1994

Seminggu sebelum mahkamah bersidang memutuskan kes rasuah Pairin belian mengambil keputusan membubar DUN Sabah. Satu perkembangan yang berlaku ekoran pembubaran tersebut ialah Timblan Ketua Menteri Yong Teck Lee mengumum keluar PBS dan menubuh parti baru SAPP, Sabah Progresive Party. Yong mengumum bahawa parti neliau akan mengada hubung baik dengan pusat. Ekoran tindakan Yong kempen BN dalam Prn Sabah telah mendapat sambutan baik. SAPP juga kemudiannya diterima sebagai anggota BN. 

Dalam perkembangan lain Tun Datu Mustapha mengambil keputusan meletak jawatan dari kabinet Pusat. Beliau juga mengumum sokongan kepada PBS. Dua anak Tun Mustapha Amirkahar dan Baharuddin menyertai Prn bertanding di bawah tiket PBS. Tun Mustapha merupakan penyokong kuat Ghafar Baba. Beliau mungkin berasa kecewa dengan Umno bila mana Ghaffar dinafi bertanding jawatan no 2 Umno.

Bila keputusan Prn diumum PBS cuma mendapat majoriti dengan kelebihan dua kerusi iaitu menang 25 kerusi, 15 dari kawasan majoriti Kadazan, 4 kawasan majoriti Cina. BN memperoleh 23 kerusi melalui Umno 18, kesemua dari kawasan majoriti Islam, Sapp 3, LDP 1 dan Akar 1. Pairin mengangkat sumpah sebagai KM setelah menunggu 36 jam. Namun begitu tiga Adun PBS kemudiannya bertindak melompat parti menyokong BN.

Pairin menerima kejutan besar apabila adik beliau Jeffery Kitingan memberi sokongan kepada BN. Jefferey baru saja dibebas dari tahanan ISA. Beliau berikutnya digugur dari semua tuduhan rasuah Satu lagi perkembangan mengejut adalah bila mana dua pemimpin PBS Bernard Dompok dan Joseph Kurup keluar PBS dan menubuh parti baru. Kedua mereka juga menyata sokongan kepada BN. Selanjutnya beberapa lagi Adun PBS menyata sokongan kepada BN. Akhirnya PBS cuma tinggal lima Adun sahaja dalam DUN Sabah. Pairin akhirnya meletak jawatan pada March 1994.

Mengganti Pairin adalah Sakaran Dandai yang dilantik sebagai KM. Beliau dipersetujui memegang jawatan selama dua tahun. Tiga jawabat Timbalan KM diisi oleh Mohamad Salleh, Yong Teck Lee dari SAPP dan Joseph Kurup mewakili PBRS.

Catatan bacaan artikel "Sabah politics under Pairin". mohamad agus 2001 - link.

Pasar Tamu Kota Belud, Sabah

Baca "Empat pasar menarik di Sabah". rileklah - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home