Monday, January 03, 2022

Sedikit Mengenai Ibnu Taimiyyah (1263-1328)

Nama Ibnu Taimiyyah kerap disebut dalam kuliah agama atau majlis ilmu di masjid dan surau. Ibnu Taimiyyah sering dikait sebagai ikutan atau idola kepada Muhammad Abdul Wahab iaitu tokoh yang disebut mengasas aliran Wahabi. Catatan berikut adalah petikan pembacaan sebuah buku mengenai Ibn Taimiyyah.

Ibnu Taimiyyah lahir di kota Harran pada 1263M. Kota Harran ditawan oleh tentera Mongol pada 1269 dan ramai penduduknya lari menyelamat diri dari keganasan Mongol. Keluarga Ibn Taimiyyah juga turut lari menyelamat diri menuju ke Damsyik. Menurut catatan datuk (Abd al-Salam Taimiyyah, 1194-1255) dan bapa (Abd Halim Taimiyyah, 1230-1284) adalah guru agama dan membawa bersama banyak kitab untuk diselamat dari dimusnahkan Mongol.

Semasa hayatnya Ibn Taimiyyah pernah dua kali dipenjara. Kali pertama di Mesir period 705-708H dan kali kedua di Damsyik pada 726H hingga kematian beliau. Ibn Taimiyyah meninggal dunia pada 728H/1328M ketika usia 64 tahun.

Antara tokoh yang sempat sezaman dengan Ibn Taimiyyah adalah Imam Ibn Kathir. Beliau sempat bersama Ibn Taimiyyah sekitar hujung hayat menjelang 1328M.Pada ketika Taimiyyah meninggal dunia Imam Ibn Kathir berusia 28 tahun.  

Kota Harran - terkenal dengan binaan beehive houses

Baca "Beehive houses of Harran". anatolia culture - link.

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home