Wednesday, July 20, 2022

Politik Awal Sarawak - Parti Machinda (1964-67)


Semasa awal penubuhan Malaysia parti politik Sarawak mengalami berbagai perkembangan. Salah satunya adalah penubuhan sebuah parti nama Machinda. Nama tersebut adalah gabungan Malay, Chinnese dan Dayak. Machinda ditubuh sebagai respon usaha Umno mengatur politik Sarawak. Umno berpakat dengan parti Panas dan Barjasa. Beberapa tokoh Panas keluar parti kerana tidak bersetuju dengan penglibatan Umno di Sarawak.

Machinda dipimpin oleh Michael Burma sebagai Pengerusi. MB merupakan pemimpin kaum Dayak. Tokoh pimpinan lain Machinda adalah Leong Ho Yuen (asalnya PANAS kemudian keluar parti), Yeo Cheng Ho yang keluar SUPP kerana bimbang parti tersebut menjadi militan. Tokoh keempat adalah Senawi Sulaiman juga dari PANAS.

Machinda hanya bergerak dari period 1964-1967. Machinda merupakan sekutu yang rapat dengan Lee Kuan Yew. Apabila Singapura keluar dari Malaysia maka Machinda seolah hilang punca dan terus berkubur.

Baca Machinda (wiki - link).

Michael Burma berucap di sebuah perjumpaan Machinda

sumber: archives spore - link

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home