Penulis Menyokong Turki Ataturk Sekitar 1930an
Pada period 1930-an berlaku kebangkitan Turki yang di pimpin oleh Atartuk. Kemajuan dan perubahan di Turki turut dikagumi wartawan akhbar dan penulis Malaya. Antara penulis yang kuat mendokong kejayaan Ataturk adalah Ahmad bin Ismail melalui penerbitannya sendiri al-Asasiyah Press, Kota Bahru. Seorang lagi penulis Mohammad Yunos bin Abdul Hamid yang menerbit buku "Mutiara dari Benua Timur" pada 1936. Beliau memapar kejayaan kegemilangan Turki Moden. Penulis Ibrahim Mahmood pula menulis buku "Turki dan Tamadunnya" pada 1938. Beliau membahas tentang kemajuan Barat yang berasas kepada tiga perkara iaitu kebebasan berfikir dan kebebasan hidup, nasionalisme dan cermat serta tekun.
Pengaruh kejayaan Turki tersebut membawa kepada idea menama Kaum Muda sebagai mengkagumi kejayaan golongan Young Turks di Turki. Perubahan nama ini dicadang oleh A Samad Ahmad mengganti KMM yang kemudiannya berubah kepada Malay Youth League dan akhirnya Kaum Muda.
Nota: ada buku biografi A Samad Ahmad bertajuk "Sejambak Kenangan". Buku ada di Lib Ratu namun berstatus untuk rujukan sahaja.
Nurunnain Mosque, Phnom Penh
Km8, National Highway 5, Phnom Penh (link)
- - - - -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home