Monday, January 02, 2023

Dua Putera Akhbar Kelantan Al-Hidayah dan Putera


Catatan bacaan Malay Society m/surat 181.

Selain Majalah Pengasuh ada dua akhbar lain yang turut menyuara berkait masyarakat Melayu Kelantan. Dua akhbar tersebut adalah Al-Hidayah dan Akhbar Putera. Al-Hidayah terbit pada period Jun 1923 hingga Februari 1926 dikepalai oleh Haji Ahmad bin Ismail. Beliau adalah graduan Madrasah Muhammadiah. Haji Ahmad dibantu oleh dua tokoh iaitu Ghazali bin Muhammad Ariffin (seorang pendidik dan juga memegang gelaran Dato Bentara Luar) dan Muhammad Adnan bin Ariffin.. 

Satu lagi akhbar adalah Putrera (akhbar yang lebih radikal). Putera diketuai oleh tiga tokoh - Kadir Adabi, Assaad Shukri (d.1971 - juga adik kepada Asri Muda) dan Haji Nik Yusof bin Haji Ismail (nama lainnya adalah Yusoff Hilmi). Ketiga-tiga mereka adalah graduan Madrasah Muhammadi. Kadir Adabi mula berkecimpung dalam kewartawanan setelah mendapat pendedahan melalui Datok Laksamana, ketua pengarang Pengasoh.

Akhbar Putera sangat vokal dan pernah bersengketa dengan Majlis Agama kerana menegur para ulama. Majlis kemudiannya mengeluar arahan supaya para pekerja kerajaan jangan membaca akhbar Putera. Juga dilarang menyertai Kelab Putera, sebuah kelab yang ditubuh oleh tiga tokoh pengendali akhbar Putera.

Penginapan Jeju

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home