Tuesday, November 10, 2015

Ottoman Orhan (d.1362)

 

Orhan bin Osman Gazi adalah pemerintah Ottoman ke2 selepas Osman Gazi. Orhan lahir pada c.1281 dan ibunya ialah Malhun Hatun (d.1323 - wiki), isteri pertama Osman Gazi. [Nota: isteri kedua Osman ialah Rabia Bala Hatun (d.1324 - wiki) anak kepada Syeih Ebadali].

Orhan telah mula diberi tugas memimpin pasukan tentera Ottoman beberapa tahun sebelum kematian ayah beliau Osman (d.1326). Pada 1321 Orhan berjaya menawan Mudanya dan membawa Islam ke wilayah tersebut. Kemudian Orhan mara pula masuk ke Bursa dan berjaya menawan kota tersebut pada 1326. Iaitu selepas lima tahun mengepung dan mengena sekatan.

Pada 1327 Orhan mula memperkenal pemakaian wang syiling yang dihasilkan di Bursa untuk wilayah Ottoman. Pada 1328 pasukan tentera Byzantin yang diketuai Raja Byzantine cuba berdepan menyerang pasukan Orhan. Pasukan Byzantine dapat dikalahkan dan King Andronikos III sempat lari menyelamat diri. 

Pada 1331 Orhan berjaya Iznik (atau nama lamaya Nizae). Iznik berikutnya dijadikan ibu kota pemerintahan Ottoman menggantikan Bursa.


Nilufar Hatun Imaret (soup kitchen) [source: rome art lover link]

Nilufer Hatun ialah isteri kepada Orhan bin Osman Gazi

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home