Sunday, March 20, 2016

Cem (d.1495) Ottoman Period Bayezid II (1481-1512)

 

Setelah Mehmed (Al-Fatih) meninggal dunia pada 1481 naik mengganti beliau ialah anaknya bernama Bayezid II (b.1447). Namun sejak awal menaiki takhta Bayezid menghadapi tentangan adiknya bernama Cem (b.1459 - ada yang eja Jem). Cem adalah pemerintah Karaman (berpusat di Bursa). Pertempuran berlaku di antara Bayezid dan Cem di Yenishehir. Cem tewas dalam pertempuran dan kembali semula ke Konya. Cem kemudiannya pergi ke Mesir (ketika itu Mesir di bawah Mamluk Kayitbay) dan terus mengerja haji Mekah pada 1481.

Selepas menunai haji Cem kembali semula ke Cairo. Bayezid membuat tawaran kepada Cem supaya bersuaka di Jerusalem dan dalam masa sama terus menerima hasil dari Konya. Cem menolak tawaran tersebut dan beliau masih mahukan seluruh wilayah Anatolia. Maka Bayezid bertindak menghantar pasukan diketuai Ahmad Pasha berdepan dengan kumpulan penentang. 

Cem seterusnya merancang ke wilayah Ottoman sebelah Eropah. Beliau mahu berpakat dengan pihak Kristian iaitu Knights of St John, Rhodes, di bawah Grand Master bernama D'Abusson. Apa yang berlaku Abusson pula meminta wang dari Bayezid sebagai bayaran menjaga Cem. Wang tersebut konon sebagai jaminan Cem tidak menimbul kekacauan kepada Bayezid. Abusson juga menerima bayaran dari isteri Cem supaya beliau dibebaskan. Abusson mengambil wang tersebut namun tidak pula membebas Cem.

Penahanan Cem berakhir dengan kematian beliau pada 1495. Ada yang kata beliau mati kerana diracun dan ada pula kata beliau meninggal dunia kerana pneumonia. Cem telah di bawa pulang dan dimakamkan di Bursa.

Cem (1459-1495)

source: ottoman imperial archieves (link)

Foto Cem dari sumber wiki

- - - - -

0 Comments:

Post a Comment

<< Home